BOHEY DULANG adalah sebuah pulau yang terletak di semporna Sabah, jarak ke pulau ini dari jeti pekan Semporna mengambil masa kira-kira 30minit dengan menaiki bot.Bohey Dulang Island adalah sebuah pulau pergunungan dibentuk oleh sisa-sisa gunung berapi purba.Ia dipisahkan dari Bodgaya, pulau terbesar di Taman Marin Tun Sakaran, melalui saluran cetek. Kawah itu kini dibanjiri dengan air laut dan membentuk lagun yang besar dan menarik sedalam 25 meter .
Pulau ini terkenal dengan pemandangan yang menakjubkan dari bahagian atas puncak, memerhati burung , Giant Kima dan Marin Invertebrate Hatchery.
Bohey Dulang Island juga terkenal dengan penduduknya yang dikenali sebagai Bajau Laut atau Sea Gypsies, yang merupakan antara tarikan pelancong yang menduduki kawasan sekitar taman marin di Bohey Dulang.
Semasa air surut, Para pelancong boleh menikmati keindahan pulau dengan berjalan mengelilingi pulau melalui pesisiran pantai. Benda yang sangat menarik tentang Pulau ini adalah 100% alam semulajadi yang sangat menarik.
Aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini:
- Mendaki
- Menyelam
- Photography
- Mandi-manda dan terdapat banyak lagi aktiviti yang sangat seronok menanti anda.
Photos:
Sekian terima kasih, Proud to be Malaysian.